25 February 2011

~ Penangan Farmville Di FB ~

Aku ader terbaca artikel nie dlm blog member aku semalam mengenai Ibu Rela Bunuh Anak Kerana Farmville.. huh! hebat sungguh penangan game yg ader kat FB nie..sampai sanggup membunuh..kesian ader..kelakar pun ader..pape meh kongsi aper citer sebenar pasal nie..lebih2 ditujukan khas pd yg addicted ngan game nie..sila berhati2 ok! hahaha! :p

" Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.

Florida Times-Union melaporkan, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook. Ia mengganggu tumpuannya bermain Farmville.

Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati kerana kes membunuh.

Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.

Laporan akhbar ini sememangnya mengejutkan kita. Sunggupkah seorang ibu melakukan seperti itu kepada anak kecilnya hanya kerana Farmville? Adakah ternakan dalam permainan itu lebih penting dari nyawa seorang anak yang dia sendiri lahirkan?

Hakikatnya ia telah berlaku dan sama-sama lah kita ambil pengajaran. Sebagai seorang ibu dan bakal ibu, amat penting bagi kita untuk mempunyai ilmu keibu-bapaan @ parenting dalam usaha kita megharungi cabaran dalam berkeluarga "

Klu dah macam nie, tutup FB pun xpe..kan?? hehe!...continue =)

2 comments:

Tiq said...

erkk biar betik...isk isk..kesian baby tu wok..aduyai

amzaliena80 said...

nie kena pesan kat en. mus nie..haha! coz dia mmg addicted ngan farmville =)

Post a Comment