17 October 2010

~ Tidolah Wahai Mata ~

Ari nie aku rasa nak citer 1 problem aku skang nie..aku x tau r nape aku skang payah nak tido..klu tdo pun utk sekejap jer..tuh r, biler dgr kwn2 yg jenis tdo awal, huh! mmg agak jeles..hehe! jadi ini aku kongsi serba sikit aper yg aku tau pasal INSOMNIA nie..mana tau klu ader sape2 yg bley guna pakai sikit2 info yg aku kasi nie..padahal aku sendiri x leh nak ikut..huhu!

Insomnia ialah kesukaran untuk tidur @ tidur dgn nyenyak..Keperluan untuk mendapat tidur berbeza mengikut umur dan keadaan:
- Bayi memerlukan tidur 17 – 18 jam sehari.
- Kanak-kanak 10 tahun dan ke atas memerlukan 9 – 10 jam sehari.

- Orang dewasa 8 jam yang berterusan untuk berfungsi dengan efektif.


Kenapa tak boleh tidur?
- Akibat stres
- Pergaduhan suami isteri
- Takut ujian/ memberi ucapan
- Perceraian
- Kehilangan orang yang dikasihi.
- Perpindahan ke tempat baru
- Kekurangan zat makanan
- Mempunyai masalah psikologi
- Cara hidup yang tidak baik
- Sakit
- Masa tidur yang tidak teratur


Apakah langkah yg boleh di ambil?
- Kenalpasti punca yang menyebabkan tidak mahu tidur.
- Memperbaiki kehidupan dan mengubah cara gaya hidup yang tidak seimbang sebelum ini.
- Makan makanan yang berzat dan seimbang
- Tukar waktu tidur yang tidak menentu.

- Atasi penyakit dengan memakan ubat-ubatan yang disyorkan doktor.

- Masalah yang berat dan tidak dapat diselesaikan sendiri perlulah dihadapkan dengan kaunselor atau dibawa berbincang dengan kawan untuk mendapat sokongan mereka.

- Meminum air yang cukup

- Elak minum minuman yang berkaffein terutama sebelum tidur untuk mengelakkan sukar tidur.
- Lakukan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan fizikal agar di waktu malam kita akan penat dan ini merangsang diri untuk tidur kerana penat.


Apakah kesannya jika ia tidak ditangani?
- Manusia tidak boleh berfungsi dengan baik
- Rendah keupayaan kognitif

- Rendah prestasi motor

- Badan seseorang dalam keadaan tidak sihat

- Berlaku kemalangan di tempat kerja

- Berlaku kemalangan di jalan raya.

- Prestasi pekerja dan organisasi turut menurun

- Ketidakcekapan membuat kerja

- Pengidap menderita kurang tidur

- Selalu mengantuk dan menguap di waktu siang

- Berlaku ponteng kerja


0 comments:

Post a Comment