25 July 2011

~ Jum Masak ~


tetiba aku berasa nak makan spaghetti ler pulak..hahahaha! ari tuh makan yg pizza punyer x cukup r rasa nyer :D so ingt² dpt jer gaji nanti nak ajak ma wat spaghetti tuh..b4 adik balik johor..so meh ler kita masak SPAGHETTI..sape² yg nak, nie haaaa org kasi skali ngan resepi nyer..toink! toink! toink!







Bahan-bahan (5-6 orang)

1paket spaghetti
500g daging cincang
1 tin tomato puri
6 ulas bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis)
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1/2 biji capsicum (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara-cara
  1. Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
  2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
  4. Masukkan tomato, lobak merah, capsicum dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
  5. Masukkan tomato puri, air dan susu. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional)
  7. Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
  8. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  9. Siap untuk dihidangkan.
klu nak senang, beli je sos pasta yang dah ada Italian herbs..selamat mencuba =)

16 July 2011

~ Lama Menghilang ~

salam sumer blogger...waahhhhhhh!! mmg lama giler x update kat blog nie..hehe! maklum jer lh, layan ke keja..kuar gelap..balik umah pun gelap..matahari jarang nampak :D selama beberapa bulan x meng"update" blog, pelbagai kisah, peristiwa berlaku dlm kehidupan aku..sumer silih berganti..hepi..sedih..duka..lucu..kenangan..sumer bercampur baur..nanti lh aku story satu persatu..

bab keja semakin bertambah..seminggu 2 kali akan ader meeting production..huhu! mau jer lari dr tuh sumer..tp payah..memandangkan aku dept production..hahahah! nak tak nak layan r jgk..di pikir positif, itu adalah tanggungjawab..amanah..kena lh jgk lakukan..pikir negatif, "aku nak RESIGN!!" :D

nanti aku continue ngan story2 yg aku peram selama beberapa bulan nie.. =)